MAI JUMPA KAMI DI NEGERI JELAPANG PADI !!
Keputusan SPM baru sahaja diumumkan, dan kini ramai pelajar sedang membuat keputusan penting berkaitan hala tuju pendidikan mereka. Sama ada ingin melanjutkan pengajian di dalam negara atau ke luar negara, langkah pertama yang tepat adalah mendapatkan maklumat yang jelas serta bimbingan yang betul.
EDUMi.my akan berada di Karnival Pendidikan MARA 2026 bagi membantu pelajar dan ibu bapa memahami pilihan yang tersedia dengan lebih terperinci.
Maklumat acara:
- Tarikh: 4 - 5 April 2026
- Masa: 10.00 pagi-10.00 malam
- Lokasi: Aman Central, Alor Setar, Kedah
Di acara ini, pelajar berpeluang mendapatkan konsultasi secara bersemuka bersama pakar pendidikan mengenai pelbagai laluan pengajian.
Apa yang anda boleh dapatkan di booth EDUMi.my:
- Konsultasi laluan pengajian (Foundation, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana)
- Penerangan peluang melanjutkan pengajian ke luar negara
- Sokongan dalam proses permohonan universiti
- Maklumat terkini mengenai kursus dan syarat kemasukan
- Perbandingan laluan pengajian tempatan dan antarabangsa
EDUMi.my menyediakan sokongan menyeluruh bermula daripada pemilihan kursus, proses permohonan universiti, sehingga persediaan sebelum berlepas ke destinasi pengajian.
Bagi pelajar lepasan SPM, Diploma atau Ijazah yang masih belum pasti dengan pilihan seterusnya, ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan panduan secara terus daripada pakar.
Kunjungi booth EDUMi.my di Aman Central dan mulakan perancangan masa depan anda dengan lebih yakin.