Ramai pelajar dan ibu bapa beranggapan bahawa hanya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM sahaja boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hakikatnya, terdapat pelbagai laluan pendidikan antarabangsa yang membolehkan pelajar Malaysia menyambung pengajian walaupun dengan keputusan yang sederhana.
Melalui perancangan akademik yang betul, pelajar dengan keputusan SPM termasuk yang mempunyai hanya satu A masih berpeluang menyambung pengajian di universiti luar negara. Apa yang penting ialah memahami laluan pendidikan yang sesuai seperti program foundation, diploma atau pathway programme yang diiktiraf.
Banyak universiti antarabangsa khususnya di negara seperti Ireland, United Kingdom, Australia dan New Zealand menawarkan laluan khas kepada pelajar antarabangsa. Program ini direka untuk membantu pelajar membina asas akademik sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.
Sebagai contoh, pelajar yang tidak memenuhi syarat kemasukan terus ke program ijazah boleh memulakan pengajian melalui programme foundation atau diploma. Selepas berjaya menamatkan programme tersebut, pelajar boleh menyambung ke tahun pertama atau tahun kedua ijazah di universiti yang berkaitan.
Selain itu, pelajar juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan proses permohonan universiti, keperluan visa pelajar, peluang bekerja sambilan serta pilihan pembiayaan pendidikan seperti pinjaman pendidikan bank atau pembiayaan lain yang tersedia.
Bagi membantu pelajar dan ibu bapa memahami laluan ini dengan lebih jelas, EDUMi.my menganjurkan satu sesi perkongsian dalam talian melalui webinar Study Abroad Made Easy. Webinar ini akan membincangkan pilihan universiti, laluan pendidikan selepas SPM serta peluang pengajian di luar negara.
Dalam sesi ini juga, peserta akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peluang melanjutkan pengajian ke destinasi popular seperti Ireland serta panduan praktikal untuk memulakan proses permohonan universiti.
Pelajar dan ibu bapa yang berminat digalakkan untuk menyertai sesi ini bagi mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat keputusan berkaitan masa depan pendidikan.
Daftar Segera:
https://forms.gle/sdNPxRUg2Cgpdr5n8
Tarikh: 15 March 2026 (TODAY)
Masa: 11.00 AM onwards
Platform: Google Meet
Join here: https://meet.google.com/gfj-ejtr-xzu?hs=224